al il'mu nurun wa nurullah laa yuhda lia'si

Saturday, October 16, 2004

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum......
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin & muslimat. Semoga sempena hadirnya penghulu bulan ini, kita dapat banyak bersabar dan beramal. Semoga kita tidak mensia-siakan tawaran yang telah Allah S.W.T sediakan untuk hambanya. Sepertimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud "Apabila tibanya Ramadhan maka akan dibuka pintu syurga seluas-luasnya, dan ditutup pintu neraka serapat-rapatnya, dan segala syaitan akan dibelengu(diikat)" Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha untuk memanfaatkan tawaran yang telah Allah S.W.T bentangkan di hadapan kita. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas kesilapan laku dan kekurangan tutur bahasa, yang mungkin akan mancacatkan lagi amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Di sini terdapat sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini ianya akan dapat memberatkan lagi timbangan amalan kebaikan yang kita lakukan.. INSYAALLAH......


PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BERKAITAN DENGAN BULAN RAMADHAN

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi S.A.W mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya terdapat satu malam yang telah dijanjikan Allah .S.W.T untuk hambanya, dimana malam tersebut sama nilainya dengan seribu bulan. Iaitu malam "LAILATUL QADAR".

KELEBIHAN RAMADHAN.

1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya terdapat satu malam yang telah dijanjikan Allah S.W.T untuk hambanya, dimana malam tersebut sama nilainya dengan seribu bulan. Iaitu malam "LAILATUL QADAR".
4) Amalan sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
9) Bulan keampunan (doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah RAHMAT, 10 hari pertengahan adalah PENGAMPUNAN, 10 hari terakhir adalah PELEPASAN DARIPADA AZAB NERAKA.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
2) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
3) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
4) Solat berjemaah setiap waktu di masjid/surau
5) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
6) Sahur diwaktu akhir
7) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
8) Mandi Janabah sebelum Imsak
9) Jaga pacaindera
10) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
11) Hadiri majlis ilmu
12) Buat baik pada ibu bapa
13) Banyakkan bersedekah
14) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
15) Memberi makan kepada oang miskin
16) Banyakkan i'tikaf di masjid
17) Perbaiki hubungan suami isteri
18) Perbaiki hubungan sesama jiran
19) Elakkan berbelanja berlebihan
20) Banyakkan selawat, istighfar dan bertasbih
21) Elakkan menonton siaran yang boleh mencacatkan amalan puasa
22) Berdoa dengan nada lembut dan penuh keinsafan

Sunday, September 05, 2004

HIJAB

Press Release:International Hijab Solidarity Day
Tarikh: 9/4/2004


Bersama ini di siarkan kenyataan akhbar SHURA, Teras dan ISRA: Saturday 4th September 2004 International Hijab Solidarity Day BAN ON HIJAB VIOLATES MUSLIM RIGHTS - MUSLIM COMMUNITIES IN MALAYSIA EXTEND ITS FULL SUPPORT TO THEN INTERNATIONAL HIJAB SOLIDARITY DAY SHURA (Secretariat For The ULama Assembly Of Asia), TERAS (Institute For The Malay Empowerment) and ISRA (Institute For The Syariah Research And Development) all of which are based in Malaysia express its strong protest on the headscarf ban imposed in France and similar escalating moves by other European governments. We strongly feel that the legislation passed by the French government reflects its intolerance and extremist stand against Muslim women in particular and the Muslims in general. This in our view negates the rightful freedom of Muslims to exercise their own religion and clearly is a step backwards intolerance within diverse races and religions of Europe. The French government's legislation to curb Muslim women to assert their right to comply with the Islamic teachings in term of their dressing is a clear act of splitting and widening the gap between cultures within the European communities and consequently will contradict its so call liberal principles of secularism which it pronounces as its ideology. We call upon the European community and their politicians to support the true spirit of religious freedom and to respect the promotion of tolerance among different faith throughout Europe. Failing this we envisage that European will fall into the trap of extremism and intolerance thereby denouncing its own cherished principle of peace and co-existence. We reiterate our abhorrence to the law enacted by the French government and remind it that what it has done will nurture an environment of hatred within its own citizens. On this day, 4th September 2004, pronounced as the "international Hijab Solidarity Day" organised by The Assembly For The Protection Of Hijab "Pro Hijab", we express our full support and extend our solidarity with the Muslim citizens and peace loving people of France to advocate for the revoke of the headscarf banning in France. We also stand firm in support with the Pro-Hijab campaign and denounce the intolerance of the french government and condem teh position taken by the European Court of Human Rights in Turkey that has upheld the ban. We support the effort by the Pro_Hijab committee to overturn the decision and call upon all Muslims and human rights advocates and organizations to strengthen their resolve to assert the rights of Muslims to comply with their identity as that thought by the teachings of Islam. signed Abdul Ghani Samsuddin Chairman of SHURA signed Mohd Azmi Abdul Hamid President of TERAS signed Dato' Sheikh Azmi Ahmad Chairman of ISRA


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: shura_asia@yahoo.com

Saturday, September 04, 2004

assalamualaikum....

kepada sahabat2 sekalian. cuba sahabat2 perhatikan ape yg akan sy sbg saudara semuslim ketengahkan kpd shbt2 sekalian. ianya bukanlah kisah2 jenaka @ kisah2 hiburan, tetapi ianya adalah suatu kisah yg benar2 berlaku di kalangan umat islam pada hari ini. hemm mungkin kita beranggapan bahawa ianya bukanlah berlaku kpd kita, tetapi jgn terkejut suatu hari nanti ianya berlaku kpd ank2 kita, keluarga, adik beradik kita, saudara kita, kwn rapat kita, dan tidak mustahil ianya juga boleh berlaku kpd cucu cicit kita pada masa hadapan (NAU'ZU BIILAHI MINZALIK). cuba sahabat2 buka page ni, and turn up ur speakers.. ianya mengisahkan ttg peristiwa murtad yg mana sampai hari ini masih berleluasa, dan penyakit yg semakin parah dalam masyarakat kita di malaysia. perhatikanlah rakaman sahabat kita ini yg bernama Hasnah, membesar dalam keluarga muslim dari malaysia dan menetap di USA tapi kini telah murtad disebabkan rapuhnye keimanan terhadap ALLAH S.W.T YG MAHA ESA LAGI MAHA PENYAYANG terhadap makhluknye, ... nau'zubillah, semoga kita semua sentiasa diteguhkan keimanan dan dipelihara oleh ALLAH daripada anasir2 kristian, yahudi dan musuh2 NYA ( la'natullah a'laihim..) ... AMIN YA RABB.... http://www.gnwidegroup.com/hasnah/hasnah.htm

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat. Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk bertemu ALLAh S.W.T atau terkandas di pertengahan jalan. Bagaimana memudahkannya?.....
LALUAN MENUJU KE KUBUR.
1) Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji.
2) Hindarkan perasaan irihati (benci).
3) Jangan terpengaruh dengan harta duniad.
4) Sucikan kadha' hajat dgn istibra' (berdehem selepas buang airkecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL.
1) Bersihkan diri dengan bertaubat.
2) Gembirakan hati orang Mu'min.
3) Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal.
4) Kasih sepenuh hati kepada ALLAH S.W.T.
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR.
1) Mengucap dua kalimah syahadah.
2) Suka memberi sedekah.
3) Berkata benar.
4) Bersihkan dan perbaiki hati.
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN.
1) Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat.
2) Sucikan perkataan dan pakaian.
3) Bersyukur dengan yang sedikit.
4) Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH S.W.T.
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN.
1) Jauhkan perkataan yang sia-sia.
2) Pendekkan cita-cita dunia.
3) Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH S.W.T.
4) Banyakkan sedekah.
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM.
1) Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala.
2) Berbaktilah kepada kedua ibu bapa.
3) Berpegang teguh dengan hukum syara'.
4) Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA.
1) Banyakkan membaca al-Quran.
2) Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu.
3) Tinggalkan perkara yang maksiat.
4) Jauhkan segala yang haram.
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA.
1) Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh.
2) Kasihi orang yang soleh.
3) Kerjakan segala perintah ALLAh A.W.T.
4) Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH S.W.T.
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD.
1) Kasihilah Nabi2 ALLAh S.W.T.
2) Kasihilah Rasulluah S.A.W.
3) Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH S.W.T.
4) Banyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T.
1) Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH S.W.T.
2) Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH S.W.T.
3) Beri'tiqad kepada ALLAH S.W.T dengan sebenar-benar i'tiqad.
4) Bencikan segala yang diharamkanNya.